Jurnal Fiqh Al-Watan - Tatacara Kehidupan Bertanah Air (JUFAW) merupakan jurnal ilmiah yang diterbitkan oleh UCYP Press serta diurus secara profesional oleh Institut Peradaban Islam Antarabangsa (IIIC). Jurnal ini diterbitkan dengan tujuan menyediakan wadah akademik untuk menyebarluaskan hasil penyelidikan bermutu tinggi oleh para penyelidik dari dalam dan luar negara.

JUFAW menerima artikel dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang meliputi bidang Pengajian Islam dalam ruanglingkup Fiqh al-Watan (Tatacara Kehidupan Bertanah Air), Usuluddin & Pemikiran Islam, Dakwah, Al-Quran & Pengajian Tahfiz serta Muamalat & Pengurusan Halal. Setiap manuskrip yang diterima tertakluk kepada proses penilaian dan semakan rakan sebaya bagi memastikan kesahihan ilmiah, ketepatan metodologi, serta keselarasan dengan etika penyelidikan.

Segala pandangan, analisis dan interpretasi yang dikemukakan dalam artikel yang diterbitkan adalah tanggungjawab eksklusif penulis dan tidak mencerminkan pendirian rasmi sidang editor mahupun pihak penerbit.