Pengukuhan Pembacaan Al-Quran Al-Karim di Kalangan Golongan Dewasa di Negara Brunei Darussalam Dalam Konteks Pendidikan Secara Hybrid

Main Article Content

Nurzakiah Ramlee

Abstract

ABSTRAK


Pembelajaran al-Quran telahpun sekian lama dimulakan, daripada melalui pendekatan tidak formal sehingga kepada sistem formal iaitu dengan mengikuti pembelajaran al-Quran di sekolah-sekolah ugama dan sekolah-sekolah kerajaan dan bukan kerajaan, dari peringkat rendah sehingga ke peringkat tinggi. Berjalan seiring dengan kesedaran kepentingan al-Quran selaku ia adalah penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, selain daripada mendukung hasrat murni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir, terdapat inisiatif untuk memartabatkan tahap pembacaan al-Quran di kalangan orang dewasa di Negara Brunei Darussalam telah diungakayahkan, seperti penubuhan pusat-pusat pengajaran al-Quran untuk golongan tersebut; antaranya Nadi Quranic Learning Centre Brunei dan al-Minhaaj Centre Brunei. Tujuan kajian dilaksanakan adalah untuk meninjau keberkesanan penubuhan pusat-pusat pengajaran al-Quran tersebut terhadap mutu pembacaan al-Quran bagi golongan dewasa. Metodologi kajian adalah secara kualitatif deskriptif mengadaptasi  teknik analisa dokumen; data yang diperolehi dari bahan bercetak akan diteliti, dihurai dan dianalisa. Di samping itu juga mengguna pakai teknik temubual bersama pengusaha pusat pengajaran yang tersebut dan beberapa orang tenaga pengajar yang terpilih. Dalam menghadapi cabaran dalam memanfaatkan praktik pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Islam menggunakan kecanggihan teknologi pendidikan masa kini, aplikasi pembelajaran Pendidikan Islam secara Hybrid adalah faktor kunci kejayaan di era industri 4.0.


ABSTRACT


Al-Quran learning has started for a long time, from an informal approach to a formal system, which is by following the learning of the Al-Quran in religious schools and government and non-government schools, from elementary to high level. In line with the awareness of the importance of the Qur'an as it is a cure and a blessing for believers, apart from supporting the pure desire of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam to make Brunei Darussalam a Nation of Zikr, there are initiatives to dignify the level of al-Quran reading among adults in Brunei Darussalam, such as the establishment of al-Quran teaching centers for that group. Among them are Nadi Quranic Learning Center Brunei and al-Minhaaj Center Brunei. The purpose of this study is to review the effectiveness of the establishment of Quranic teaching centers on the quality of Quranic reading for adults. The research methodology is qualitatively descriptive, adapting document analysis techniques; data obtained from printed materials will be examined, interpreted and analyzed. In addition to using the interview technique with the operator of the said teaching centers and some selected teaching staff. In the face of challenges in utilizing the learning and teaching practices of Islamic Education using the sophistication of today's educational technology, the application of Hybrid Islamic Education learning is a key success factor in the era of Industrial Revolution 4.0.

Article Details

How to Cite
Ramlee, N. (2022). Pengukuhan Pembacaan Al-Quran Al-Karim di Kalangan Golongan Dewasa di Negara Brunei Darussalam Dalam Konteks Pendidikan Secara Hybrid . Journal Fiqh Al – Watan (Tatacara Kehidupan Bertanah Air), 1(1), 35-40. https://doi.org/10.37698/jufaw.v1i1.169
Section
Articles