Login or Register to make a submission.

As part of the submission process, authors are required to check off their submission's compliance with all of the following items, and submissions may be returned to authors that do not adhere to these guidelines.

  • The submission has not been previously published, nor is it before another journal for consideration (or an explanation has been provided in Comments to the Editor).
  • The submission file is in OpenOffice, Microsoft Word, or RTF document file format.
  • Where available, URLs for the references have been provided.
  • The text is single-spaced; uses a 12-point font; employs italics, rather than underlining (except with URL addresses); and all illustrations, figures, and tables are placed within the text at the appropriate points, rather than at the end.
  • The text adheres to the stylistic and bibliographic requirements outlined in the Author Guidelines.

Jurnal ini menerbitkan manuskrip yang ditulis dalam bahasa Melayu. Manuskrip yang diserahkan untuk diterbitkan dalam jurnal ini hendaklah karya asli yang belum pernah diterbitkan atau tidak dihantar serentak untuk pertimbangan oleh mana-mana penerbitan lain.

 

Manuskrip perlu ditaip dan diserahkan mengikut prosedur berikut:

  • Ditaip menggunakan perisian Microsoft Word.
  • Bagi manuskrip bahasa Melayu
  • Hendaklah ditaip menggunakan font Times New Roman, bersaiz 12 dan selang 1.5 baris.
  • Lajur tunggal.
  • Kertas bersaiz A4.
  • Tidak melebihi 15 muka surat. (dari tajuk sampai kesimpulan)
  • Diserahkan melalui sistem serahan manuskrip atas talian. Semua perhubungan berkaitan Jurnal Hadhari adalah melalui Online journal System sahaja.

 

FORMAT DAN GAYA

 

  • Tajuk sesuatu manuskrip perlulah ringkas, deskriptif dan sebaiknya tidak melebihi 15 perkataan.
  • Abstrak hendaklah ditulis bagi memerihalkan isi utama manuskrip dengan jumlah perkataan tidak kurang daripada 150 dan tidak lebih 200.
  • Abstrak hendaklah mengandungi penyataan masalah, tujuan kajian, metodologi kajian dan hasil kajian.
  • Kata kunci perlu dinyatakan selepas setiap abstrak, tidak lebih daripada 5 item.
  • Manuskrip mestilah mempunyai tajuk, abstrak dan kata kunci.
  • Secara am, pembahagian isi manuskrip merangkumi Pengenalan (latar belakang kajian, permasalahan kaijan dan kajian literasi), Metodologi, Hasil dan Perbincangan, Kesimpulan dan Rujukan.
  • Semua ilustrasi termasuk rajah, carta, graf dan jadual mestilah dilabelkan dan disediakan dalam halaman yang berasingan daripada teks. Kedudukan ilustrasi seperti yang dikehendaki dalam teks hendaklah ditandakan dengan jelas. Semua ilustrasi ini perlu dirujuk dan dinomborkan secara berurutan sebagai rajah.
  • Rujukan dalam teks hendaklah menggunakan sistem pengarang tarikh, iaitu nama penulis dan diikuti oleh tahun penerbitan. Satu senarai rujukan yang disusun mengikut abjad hendaklah dimasukkan pada bahagian akhir manuskrip. Kesemua rujukan yang rujuk dalam teks mestilah terdapat dalam senarai rujukan. Para penulis bertanggungjawab memastikan ketetapan dan kesempurnaan maklumat dalam senarai rujukan. Format pengurusan rujukan berdasarkan gaya APA (American Psychological Association) edisi ke 6.
  • Terdapat sekurang-kurangnya 15 rujukan yang muncul di akhir artikel dan hanya merangkumi sastera yang benar-benar disebut dalam naskah. Kira-kira 70% rujukan sepatutnya menjadi sumber utama. Rujukan disusun mengikut abjad dan kronologi.

Nota kaki tidak digalakkan. Sekiranya perlu, sila gunakan seminimum yang mungkin dan diletakkan sebagai nota hujung di akhir karya dengan dituliskan angka secara sistematik.

HAK CIPTA

Para penulis bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan manuskrip mereka tidak melanggar mana-mana hak cipta yang sedia ada. Para penulis seharusnya mendapatkan keizinan untuk menerbitkan semula atau mengubahsuai bahan-bahan yang mempunyai hak cipta dan menunjukkan bukti keizinan tersebut semasa menyerahkan naskhah akhir manuskrip.

PROSES PENILAIAN

Manuskrip akan melalui tapisan awal oleh Sidang Editor. Manuskrip yang dipilih akan melalui tapisan awal dan dinilai oleh dua orang pengulas. Sesebuah manuskrip akan dinilai berasaskan kesesuaiannya dengan Jurnal Hadhari, sumbangan kepada disiplin ilmu, kejituan analisis, keluasan konseptual, persembahan yang jelas, kesempurnaan teknikal dan bahasa.

Nama penuh dan afiliasi semua penulis manuskrip hendaklah dinyatakan pada halaman depan yang dibuat secara berasingan dengan manuskrip.

NASKHAH SEMAKAN

Salinan yang diakui akan dihantar kepada penulis bagi tujuan penyemakan. Adalah menjadi tanggungjawab penulis untuk memaklumkan sebarang pembetulan kepada Sidang Editor.